hidup kat dunia ni kne kuat..mcm2 allah nk uji kte..kalo kte xkuat myb kte akn t'sgkur..tp aku percaya allah xkn uji hamba dia d'luar kemampuan hambanya..kdg2 aku t'tnya2 nape org yg salah still org nmpak btul n org yg btul still org nmpak slh..mcm2 idup kat dunia yg penuh cabaran..ni la warna k'idupan org kta..kdg2 fedup gak ble jd kat dri sndiri..tp ape nk buat kne jg saba..ble kenang blk idup aku ni n dri ni jaat ke aku ni smpai org wat jaat kat aku blk..tp xpe la stu ari nt allah akn bls blk cme lmbt or cpat je..siti aishah binti md zan bnykkn b'saba..
yaallah ya tuhanku
Friday, April 23, 2010
Tuesday, April 20, 2010
syukran yaallah
syukran yaallah ya tuhanku..
ketenangan yang kau berikan kepada hambamu yg lemah ini..
syukran yaallah
kekuatan yang kau berikan kepada hambamu yg lemah ini..
syukran yaallah
ketabahan yang berikan kepada hambamu yg lemah ini..
syukran yaallah
tiada air mata yg keluar dr mataku lg..
syukran yaallah ya tuhanku..;))

Kenapa Aku Masih Solo
petikan dr:www.iluvislam.com
oleh: afdhal87
editor: deynarashid
oleh: afdhal87
editor: deynarashid
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
*mari lah kita sama2 hayati..
jika blm jodoh kita allah blum bg rahmat kepada kita..yg penting saba..;))
Monday, April 19, 2010
motivation b00k
dah semiggu hati aku sedih..luar je nmpak kuat tp dlm emmm lemah s'bnany..ari jumaat aritu aku blk keje ngan kakak stu umah aku kak emi nma dia..g la jln2 kat pkns pastu aku g stu kdai buku ni ..tgk2 mna tau ade yg best n m'narik..tgk2 aku t'tarik satu buku ni tajuk dia riwayat bidadari syurga penulis dia munif kump hijjaz..aku pun belek2 emm mmg best buku tu m'ngisahkan istri2 nabi antra nya khadijah,aisyah n anak nabi fatimah..tu je aku smpt belek..emm nk bli tp ms tu duet x m'cukupi..kecewa la sgt..aku cri buku lain mna tau ade best..aku t'jmpa buku m'narik ati aku tajuk dia berbunga cinta aisyah dihati rasulullah..aku belek2 mcm best hrga pun ok aku terus bli..blk tu aku baca sikit emm best coz buku ni m'buatkan kte sntiasa m'jadi positif,m'hrgai pasangan,comunication antra pasangan,cra m'ngawal emosi mmg ok sgt la..
mmg sesuai sgt untuk remaja org dah kawin anak2 n kawan2...secara x lgsg blh motivate kn diri kte..;)) kalo sape2 yg suke bca buku cmni bli la penulis dia zamri mohamad n imran yusof..
mmg sesuai sgt untuk remaja org dah kawin anak2 n kawan2...secara x lgsg blh motivate kn diri kte..;)) kalo sape2 yg suke bca buku cmni bli la penulis dia zamri mohamad n imran yusof..
Tuesday, April 13, 2010
Ketenangan Yang Dicari
Sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai kesungguhan dalam melakukan setiap perkara atau perlakuan yang dikehendaki. Namun begitu, adakah mereka menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perkara.
Sesetengah manusia memikirkan sesuatu perbuatan itu baik untuk dirinya walaupun mendatangkan kemudaratan kepada orang lain. Sesetengah manusia pula memburukkan sesuatu perbuatan itu dengan alasan akan mendatangkan kemudaratan terhadap dirinya dan orang lain. Di situlah kita lihat manusia itu mempunyai epemikiran masing-masing yang kita tidak pasti apakah pemikiran baik untuk kita ataupun sebaliknya?
Seorang ketua negara yang memberikan arahan kepada rakyat jelata dengan dasar-dasar yang dibuat olehnya sendiri, seorang raja yang sentiasa menjadi lambang kepada kerakyatan masyarakat, ketua pengarah yang sentiasa mengarah pekerjanya melakukan pekerjaan, seorang ketua parti yang sentiasa optimis dengan perjuangan parti atau sebagainya. Pernyataan tersebut seringkali dipersoalkan oleh manusia-manusia sedang mencari kedamaian dalam hati. Perjuangan yang dilakukan sebenarnya hanyalah ingin menenangkan ketidaktenangan dalam diri mereka.
Mereka inginkan kepastian, apakah golongan-golongan atasan dalam pernyataan tadi ikhlas dan telus dalam melaksanakan tugas dan peranan serta tanggungjawabnya? Adakah mereka menggunakan orang bawahan sebagai manusia yang seperti 'lembu dicucuk hidung'? Adakah mereka sedang bersenang-lenang sekarang sedangkan rakyat menanggung seksa? Dan banyak lagi persoalan yang sering bermain-main di pemikiran manusia-manusia yang sedang mencari ketenangan ini.
Sesungguhnya mereka inginkan yang terbaik untuk diri mereka, masyarakat mereka, bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Disitulah konsep nilai itu wujud. Persoalan demi persoalan telah diajukan. Pihak yang berkenaan juga telah menjawab tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan dengan pelbagai hujahan yang bernas besertakan bukti dan fakta yang menarik.
Namun, adakah itu sudah cukup memberikan ketenangan kepada manusia-manusia yang mencari ketenangan tersebut? Persoalan yang timbul pula kini adalah, apakah mereka tidak tahu bersyukur? Adakah mereka hanya mahukan jawapan yang pasti atau mereka hanya mahu menentang habis-habisan dan menafikankan dengan apa yang telah lengkap sedia ada? Persoalan demi persoalan langsung tidak mampu dijawab oleh kita yang semakin bijak pandai ini.
Ahli Antropologi yang sentiasa mengkaji bidang kebudayaan manusia ini juga gagal menemui pendekatan teoretikal yang dapat menerangkan situasi ini. Adakah pemikiran manusia kini semakin kompleks dan rumit? Jawapan yang mudah bagi soalan ini adalah 'ya', tetapi tiada bukti, hujahan serta fakta selanjutnya.
Hati semakin gelisah, tidak tenang, gusar dengan sesuatu. Sehinggakan perkara yang baik dikata tidak, yang buruk dikata baik, dan paling menyedihkan, sesetengah manusia itu seringkali menyalahkan manusia lain yang sama agama, sama bangsa mahupun sama negara. Yang tidak baik itu seharusnya kita yang berakal tinggi ini membetulkannya dan menjadikannya pengajaran kepada semua, dan bukannya menentang dan tamakkan harta dan kuasa. Berfikirlah wahai manusia, siapakah kita di Bumi Allah ini.
Kita sebagai seorang khalifah dan juga hamba yang hina lagi keji di sisi-Nya ini perlulah tunduk dan taat kepada perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kembalilah kepada agamamu wahai manusia yang mencari ketenangan. Insya-ALLAH, kegelisahan akan dapat dipadamkan, ketidaktenangan dapat dihapuskan, serta kegusaran dapat diruntuhkan. Sesungguhnya, KETENANGAN yang dicari akan terus kekal bersemi di dalam hati setiap hamba yang sentiasa tunduk dan sujud kepada ALLAH.
'IMAN BUKAN UNTUK DI WARISI TAPI PERLU DI CARI'

thanks very much yaallah

trima kasih yaallah kau berikan aku sinar baru dlm idupku mlm ni..dalam kesedihan aku msh tersenyum,dlm kelukaan kau berikan kekuatan,dlm keperitan kau berikan aku ketabahan..
aku bersyukur sgt yaallah m'jadi hambamu..aku sedar segala kesulitan ini pasti ade hikmah disebalik ini yg kau akn berikan kepadaku...aku tunggu penuh sabar yaallah..berikan kebaikan itu kebahgian dlm idupku..aku terharu yaallah dengan keajaiban yg kau berikan kpda ku arini..kelemahan ku menjadi kekuatan dlm diri ku untuk ku tempuh semua ini..
yaallah ya tuhanku hambamu tahu kau lah yg maha pengasih dan maha pengampun...huraikan lah kekusutan yg sedang bermain dlm fikiran ku..berikan aku petunjuk yg betul dlm idup ku ini yaallah tanpa menyakiti ati sesiapa..dengan nama mu yaallah aku bermohon dan merayu..kalo perpisahan yg ditakdirkan tuk aku aku terima dgn redha...berikan aku jawapan untuk menghuraikan segala kekusutan hati ini yaallah..kepadamu saje yg aku mampu bermohon yaallah...
yaallah kau telah berikan aku keajaiban dalam diriku..hilang segala marah ku ketika hatiku dilukai..segala berlaku tanpa aku sedari semua itu..yallah ya tuhanku
yallah terima kasih skali lg kerna kau telah memberiku kwn2 yg memahami..kwn2 yg mendengar luahan isi hatiku....trima kasih yaallah aku bersyukur dgn namamu yaallah..
aku mohon skali lg kepada mu yaallah berikan aku jawapan dari segala persoalan dan kekusutan yg melanda diriku yaallah...aku tahu kau pasti akan memberi jawapan yg t'baik untuk ku..
yaallah ya robbal alamin..
Thursday, April 8, 2010
kuat+tabah
dengan namamu ya allah kau berikan lah aku kekuatan tuk harungi dugaan ini..terlalu berat tuk aku lalui sume ini..yaallah hanya pda mu aku mampu mengadu..berikan aku ketabahan dan kekuatan yg luar biasa yaallah tuk aku lalui hari2 akn dtg tnpa dia..terlalu pedih tuk aku trima ni sume..berikan aku petunjuk mu yaallah..berikan aku mkna idup yg sebenar..dgn mu aku b'mohon yaallah..tidak t'tahan aku menanggung kesakitan ini yaallah..aku rsa d'awang2 an sprti tiada lg didunia ini..dugaan yg kau berikan kpda ku ini amt berat skali tuk pikul n ku lalui..air mata ku sering m'galir kerana kelukaan ini..kekuatan yg kau berikan kpda ku dlu s'akan hilang..aku m'nyerah yaallah aku kalah yaallah sampai m'buatkan aku rsa kesakitan yg amat sgt...kembalikan kekuatan ku yaallah tuk aku harungi sume ini sendirian..hanya kepada mu aku mampu luahkan..aku mohon berikan lah aku kekuatan baru kepada ku tuk ku teruskan idup yg penuh liku2 kesakitan pd diriku...jdikn air mataku mlm ni air mta t'akhir ku yaallah..t'lalu pedih tuk ku lalui sume ni..aku impi kn kebahgian yaallah..di saat aku ingin m'ngecapi kebhgiaan kesakitan pasti muncul..adakah hambamu ini xlayak tuk dpt kebhgiaan yaallah..dah te'lalu lama aku melalui derita ni yaallah..aku menjadi seorg yg t'lalu lemah skang..tiada lgsg kekuatan dlm diri aku yaallah..berikan lah p'tolongan mu yaallah..yaallah kau yg maha pengasih lg maha pengampun...kelukaan smlm msh b'bkas arini ku dpt kelukaan baru..dr org yg sma..dr org yg aku sygi..dr org yg aku cintai..mgkin ini kehidupan buat aku..pengajaran buat aku..berikan aku ketenangan yaallah..berikan lah aku ketenangan jiwa mantel fizikal tuk ku lalui dgn kuat n tabah..aku merayu berikan aku kekuatan yaallah..jd kan air mata mlm air mata t'akhir ku yaallah....
Wednesday, April 7, 2010
wedding yna..~my frenz~
hari sabtu aritu g kawin my frenz ~nurliana bakeri~...mcm xcye je aku kawan aku sorg ni dah kawin..yela sepanjang kenal dia peragi dia xpenah matamg sentiasa mcm kanak2 rabena..hehee
diantara kwn2 aku ms kat klj dulu dia la org paling kma aku knl..coz aku knl dia sbb ktorg sma2 plkn kat kem karisma dlu..ape2 je ktorg wat sma2..mak aku pon dah anggap dia mcm anak dia sndiri..dia ni baik memahami aku tp satu je aku xsuke kuat merajok..cmne la hsband dia nt nk m'mujuk dia..hehee
aku ni nak mula melalut..ni aku upload gamba dia masa dia sanding..yang dtg msa wedding dia aku ngan zara je..;))
nk upload pict dia xlh plak...internet wat hal plak..ishh...
xpe nt aku upload..hehee
dapat gak aku upload pic yna..aku xdpt snap bnyk pic coz dah lmbt msa tu...
k la harap yna b'bhgia slalu...
*cepat2 timang baby..hehee
Thursday, April 1, 2010
hari ini aku tertekan sangat..rasa nak tido n nangis sepuas2 nya..
nape susah sangat orang nak terima kelemahan dan keburukan aku..buruk sangat ke aku
aku terasa sangat lagi2 orang yang ade di hati aku suke membandingkan aku dengan ornag lain..sepanjang aku kawan dengan dia aku sikit pun tak pernah merungut macam mana pun dia..malah aku sanggup terima dia lagi lepas ape dia buat dekat aku selama ni..orang yang tak tahu cite sebenar tak kan tahu ape aku rasa selama ni..tak pe la orang leh salahkan aku..salah la hanya aku sorang je tau sume perjalanan idup aku..aku tak akan jadi orang lain untuk sorang laki yang belum tentu jadi suami aku..aku sekarang bagai dah takde perasaan..YAALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK AKU HARUNGI SUME NI..

Subscribe to:
Comments (Atom)